Tuan Empunya Bl0g :)

My photo
kuala terengganu, terengganu, Malaysia
Hey, this is my bl0g, so I have to say something about myself. Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Let me give a try to see what kind of image you have about me through my self-description. My parents gave me the name of Noor afifah Insyirah and I was born on May 20, 1994. I am a very caring and patient. I am also very easy to forgive all the wrong that was done by others. I'm not the kind of grudge. for information, I am very easy to shed tears ~sensitive~. I am very eager to make friends because of my friends my life without no draws. so, do not be shy, do not be afraid to be friends with me. :) Foll0w me ok !! I hope that my impression about myself and your impression about me are not so different. Here it goes. This is a brief introduction of myself. If you are interested in knowing more, read my articles or take a look at my picture. Do not expect too much, and keep your sense of humor.

Monday, March 17, 2014

Nak Berubah Tu Senang, Tapi Istiqamah Tu Susah :')


Setelah sekian lamaaaaaaa xupdate blog ni, InsyaAllah moga post kali ni bermanfaat tuk semua :)

Dengan nama Tuhan yang memegang hati-hati hambaNya. Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah sering berdoa;

'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati hamba pada agamaMu'

Digambarkan oleh Abdullah bin Rawahah, berbolak-baliknya hati kita ini lebih laju dari air yang mendidih. Bayang, air yang mendidih tu kan berbuih-buih dan sangat laju. Tapi, hati kita ni, lagi laju bolak-baliknya dari tu. Sebab tu kita kena selalu baca doa yang macam Rasulullah SAW baca untuk tetapkan hati kita.




Pernah tak rasa, kadang-kadang kita rasa dekatttttt sangat dengan Allah. Sehari tak sempat baca al-quran, rasa rindu sangat. Tapi, kadang-kadang jugak kita rasa jauhhhh sangat dengan Allah. Berhari-hari tak baca al-quran pun tak rasa apa-apa. Salah siapa? Salah kita! Sebab Allah tu selangkah pun tak pernah menjauh dari kita. Setiap kali kita rasa jauh dari Dia, percayalah, hakikatnya kita yang sedang melangkah menjauh dari Dia. Dan Allah sentiasa menunggu untuk kita melangkah balik kembali padaNya. Baikkan Tuhan kita?

Dalam hadith ke-12 himpunan hadith arba'in, Rasulullah SAW bersabda;

'Di antara ciri (baiknya) keislaman seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya'

Berubah? Senang atau susah? Tulis macam senang, tapi nak buat? Cakap macam senang, tapi nak buat? Share dekat FB macam senang, tapi nak buat?

Kalau bukak FB, dekat news feed memang berlambak-lambaklah orang share pasal tutuplah aurat, jangan tinggal solat, jangan buat benda ni, jangan buat benda tu. Tapi, tak ramai yang berani tulis, 'Siapa perlu bantuan untuk berubah, sila hubungi saya. Saya sanggup tolong. Berkorban masa, harta, jiwa, raga semua saya sanggup demi untuk menolong anda.' Ada? Takde. Sebab apa? Sebab fitrah manusia hanya pandai mengkritik, tapi tak ramai yang sanggup membantu.

Berubah itu perlukan mujahadah. Tahu mujahadah? Kesungguhan. Kekuatan. Mental, fizikal, emosi semua kena kuat! Mungkin siapa yang lahir-lahir terus dalam keluarga yang pakai tudung labuh, lahir-lahir terus dalam keluarga yang berdakwah tak paham betapa susahnya nak berubah tu. Tapi,bagi yang lahir dalam keluarga yang biasa-biasa, yang baru betul-betul nak kenal Allah, mesti pernah rasa betapa hebatnya dugaan nak berubah tu kan? Susah! Payah! Tak senang macam fikir ayat nak menulis blog. Tak senang macam nak bercakap masa usrah. Berubah ni lagi susah dari nak kayuh basikal naik bukit curam. Paham?


'So, dah susah, tak perlulah nak berubah kan kan?'

Cuba bayangsatu hari kita pergi berkelah. Sedang kita menikmati keindahan alam semulajadi, tiba-tiba kita sedar berdekatan jek dengan tempat kita duduk sebenarnya ada timbunan tahi kucing yang sangat busuk dan meloyakan. Rasa-rasa kita nak tukar tempat ke nak stay jek duduk dekat situ? Kalau nak tukar tempat macam susah sebab kena angkat segala bakul, tikar dan barang-barang lain. Tapi, kalau tak tukar tempat, sanggup ke kita nak tahan bau busuk dan 'panorama indah' tahi tersebut?

Begitulah macam berubah. Berubah tu susah, tapi kalau kita sedar yang diri kita sedang salah dan jauh dari jalan Allah, kenapa kita tak berusaha untuk berubah? Kalaulah dosa itu mengeluarkan bau, nescaya kita takkan berani keluar rumah sebab malu. Tapi Allah tu Maha Baik. Dia sorok aib kita. Tapi, pernah kita hargai kebaikan Allah tu?

'Alaaa, tapi kalau berubah pon kalau tak ikhlas tak guna jugak kan?'


[senyum]

Berubah tu hakikatnya mempunyai 3 tahap.

1. Buat-buat ikhlas.

Sebelum tidur, perkara pertama yang kita buat apa? *baca doa, pandai* Maksud saya, sebelum tidur kita kena tutup mata dulu. Betul? Pernah kita fikir, kenapa kita tutup mata dulu sebelum tidur ye? Sebab sebelum kita mengalami fasa yang dipanggil 'nyenyak' atau 'tidur mati', kita akan mengalami fasa yang dipanggil 'buat-buat tidur'. Kita tutup mata sebab kita ingin meniru gaya orang yang 'nyenyak' atau 'tidur mati' tu. Tak. Ini bukan fakta sains. Sila jangan serang saya. Ini common sense. Malah, semasa kita 'buat-buat tidur' tu kadang-kadang dalam fikiran kita macam-macam ada. Kita fikir esok nak pakai baju warna apa, esok nak makan apa dan sebagainya. Sehinggalah kita betul-betul tertidur. Nampak konsep 'buat-buat' di situ?

Untuk berubah, kita memang kena paksa dulu. Tak ramai yang terus dapat capai tahap ikhlas bila dia bertukar pakai tudung labuh, atau bila dia mula solat penuh. Sangat penting untuk kita paksa diri kita untuk buat benda tu. Kerana itu lebih baik dari kita terus lakukan dosa.



Ade seorang hamba Allah ni, masa dia mula-mula nak berubah pakai tudung labuh, apa dia buat? Dia beli dulu. Sebab katanya, 'Kalau tak beli, sampai bila-bila tak pakai. At least bila dah beli, kita rasa membazir kalau tak pakai.' Nampak? Langkah pertama itu penting. Walaupun bak kata orang kampung, 'First step is always the hardest'.


Hamba Allah yang lain pula, semasa dia nak berubah pakai tudung labuh tu, malam sebelum dia pergi kelas keesokan harinya, dia kutip semua tudung dia yang singkat dan jarang yang ada dalam almari, dan dia rendam dalam baldi. Yang tinggal hanyalah tudung labuh. Supaya apa? Supaya dia tiada pilihan lain melainkan memakai tudung labuh tersebut. Hebat kan? Betapa dia paksa  diri dia nak berubah. Dia buat macam tu selama beberapa ketika, sampailah bila dia rasa selesa bertudung labuh.

Pakaian - Ini hanya satu contoh yang zahir. Sebenarnya, yang lebih perlu kita ubah adalah perkara yang berkaitan rohani kita. Solat, jaga hati dan banyak lagi.

Tapi, secara jujurnya, kalau nak berubah, kita kenalah ubah pakaian kita dulu. Sebab apa? Sebab kita akan rasa bila kita dah pakai macam muslimah sikit ni, perangai kenalah macam muslimah jugak. Kalau tak, nanti apa orang kata ye dak? Haha. Memang tak ikhlas langsunglah kan mula-mula tu. -.- Tapi, benda ni berhasil. Kita mesti segan jugak kan bila dalam FB ke orang selalu perli kata, 'tudung labuh tapi perangai macam pakai tudung saji.' Haaa. Dan sejak dari itu bermulalah detik-detik perubahan hati dan nurani.

2. Ikhlas.


'Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.'

Siapa dapat tahu bila dia akan ikhlas? Yang sudah digelar ulama' juga tidak tahu hatinya ikhlas atau tidak ketika beramal. Ada satu kisah oleh Assyahid Imam Hassan Al-Banna;

Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas-petugas majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata 'Tuan, biarkan saja kami yang melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi.' Dengan senyum beliau menjawab, 'Tidak mengapa, walaupun aku yang menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yang Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi-kerusi ini.'

Bila kita tunggu hati kita ikhlas baru mahu berubah, sampai bila? Yakinkah kita Allah akan menangguh tarikh kematian kita sehinggalah kita berubah? Bagaimana kalau esok kita mati tanpa sempat kita bertaubat dan berubah ? Nauzubillah min zalik .Firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 16;

'Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.'

Apa maksud 'setelah orang-orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras'? Sister pernah tadabbur ayat ni. Tadabbur - bedah makna ayat al-quran. Kata sister, ayat ni ditujukan kepada orang yang suka bertangguh dalam membuat sesuatu yang disukai Allah. Bertangguh untuk bertaubat. Bertangguh untuk berubah. Alasan mereka, 'Tak ikhlas lagi.' Atau, ayat common, 'Tak dapat hidayah lagi.' Padahal mereka tahu, hidayah tak datang bergolek. Hidayah perlu dicari. 'Maka hati mereka menjadi keras' - Kerana sikap mereka yang suka bertangguh, Allah keraskan hati mereka. Takutnyaaaa. Kalau hati dah keras dah tak terkesan dengan teguran orang, dah tak tersentuh dengan ayat-ayat al-quran, mana lagi kita nak cari hati baru kan? T__T


3. Istiqamah.

Ini tahap tertinggi. Dan tahap yang paling susah. Ikhlas pon tak susah macam ni. Bila kita dah rasa perubahan kita tu bukan sebab terpaksa, kita akan diuji dengan pelbagai cobaan. Masa ni, kalau iman tak kuat memang senang tergelincirlah kan. Istiqamah - berterusan.

Kadang-kadang tengok kawan-kawan couple ada orang yang boleh diorang sweet dengan, rasa nak jugak! Kadang-kadang tengok kawan-kawan pakai baju cantik-cantik yang nampak bentuk badan, rasa nak jugak! Kadang-kadang tengok kawan-kawan buat benda lagha, rasa nak ikut jugak! Istiqamah bukan senang. Ada saja pengaruh sekeliling yang cuba menghasut supaya berubah menjadi diri kita yang 'lama' balik. Tapi istiqamah ini penting. Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda;

'Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.'

Biarlah kita tak hebat amalan macam orang lain. Cukup buat yang wajib saja dulu dalam fasa pertama perubahan, asalkan kita istiqamah. Nanti dah rasa boleh istiqamah amalan wajib, barulah cuba buat amalan sunat. Allah tak marah punyalah. Allah tu kan Maha Penyayang, Maha Pengasih. Allah yang cipta kita, mestilah Allah tahu betapa susahnya kita nak berubah. Kan?


'Saya nak berubah, tapi saya tak kuat.'

Manusia hanyalah hamba. Hamba memang tak kuat. Selalu saja terjatuh. Tapi, kita beruntung sebab kita hamba kepada Allah. Tuhan kita sweet. Kita rasa tak kuat, kita mintalah pada Tuhan kita. Walaupun Tuhan kita tahu yang kita memang perlukan kekuatan, tapi Dia nak tunggu kita mintak. Sebab Dia suka dengar suara kita. Masa kita nangis, masa kita sedih, masa kita serabut, bukan Dia tak tahu. Dia nampak. Malah Tuhan kita pun sedih sekali bila tengok kita macam tu. Tapi, sebab Dia nak bagi kita belajar, Dia terpaksa uji kita.

Satu masalah kita adalah kita selalu fikir apa orang lain akan cakap bila kita buat sesuatu benda tu. Kita fikir 'kesan' yang bakal berlaku bila kita berubah. Apa orang lain cakap? Apa pandangan orang pada kita? Tapi, jarang kita fikir apa pandangan Tuhan kita kalau kita tak berubah? Apa Tuhan kita rasa kalau kita taknak kembali pada Dia? Kita tak akan pernah kuat kalau kita asyik fikir apa orang lain akan cakap. Sebab hati orang lain-lain. Mana mampu kita nak penuhkan hasrat semua orang. Tapi, Allah itu lain. Allah tak mintak banyak dari kita. Yang Allah minta hanya satu;

'Kembali padaNya, bergantung hanya padaNya, melakukan sesuatu hanya keranaNya.'



Jika kau rasa tak kuat, ketahuilah, Allah itu Maha Kuat. Dia akan memberikan kekuatan padamu bila kau meminta hanya dariNya.

InsyaAllah, marilah kita bersama-sama merubah diri ni dan terus berdoa agar terus istiqamah . 
ASSALAMUALAIKUM :D