Tuan Empunya Bl0g :)

My photo
kuala terengganu, terengganu, Malaysia
Hey, this is my bl0g, so I have to say something about myself. Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Let me give a try to see what kind of image you have about me through my self-description. My parents gave me the name of Noor afifah Insyirah and I was born on May 20, 1994. I am a very caring and patient. I am also very easy to forgive all the wrong that was done by others. I'm not the kind of grudge. for information, I am very easy to shed tears ~sensitive~. I am very eager to make friends because of my friends my life without no draws. so, do not be shy, do not be afraid to be friends with me. :) Foll0w me ok !! I hope that my impression about myself and your impression about me are not so different. Here it goes. This is a brief introduction of myself. If you are interested in knowing more, read my articles or take a look at my picture. Do not expect too much, and keep your sense of humor.

Monday, December 31, 2012

MUHASABAH DIRI MENJELANG 2013

Dalam keheningan malam ini, aku menggagah diri merenung jauh erti kehidupanku selepas ini. 
Dalam meneruskan pelayaran mengemudi sebuah bahtera kehidupan ,aku sedar bahawa ia bukanlah semudah yang disangka. Kata orang,apa erti sebuah pelayaran jika tidak dipukul ombak. 
Bahkan lebih daripada itu, ia mungkin sahaja bisa karam di tengah pelayaran. Ya, karam dek kerana Sang Nakhodanya yang kurang arif tentang selok belok pelayaran. 
Sesat jauh di tengah lautan tanpa sebarang petunjuk ..!
Begitulah juga kehidupan ini, ia perlu dijalani dengan sebaiknya. Sedar daripada mana kita datang, tujuan apa kita dihidupkan, dan kemana destinasi seterusnya yang bakal kita tuju. 
Hinggalah destinasi yang terakhir, yang pada masa itu tidak ada kesudahan yang lain lagi, yakni samada diseksa neraka atau kekal abadi di syurga.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan begitulah seterusnya. Selagi matahari dan bulan tetap berada di paksinya, maka putaran masa itu akan terus berlalu tanpa henti . 
Namun persoalannya, adakah kita yang bergelar muslim dan mukmin pada hari ini hanya mampu berpeluk tubuh atau membiarkan putaran masa itu berlalu begitu sahaja tanpa ia diisi dengan amalan-amalan soleh dan berfaedah. 
Tinggal beberapa jam sahaja, maka berakhirlah tahun 2012. Menandakan, umur kita semakin meningkat. 
Kata Imam Ghazali Rahimahullah ; Ketahuilah kamu bahawa sesuatu yang paling jauh daripada dirimu adalah masa yang telah berlalu pergi. Dan ketahuilah bahawasanya saat kematian itu adalah sesuatau yang paling hampir dengan dirimu. 
Manakan tidaknya, sedetik sahaja masa yang sudah berlalu manakan mungkin kita dapat kembali lagi kepadanya. 
Ini bermakna, masa yang telah berlalu membawa kita menghampiri saat kematian. 
Adakah kita sudah bersedia seandainya Malaikat Izra'il datang menjemput kita di saat ini...?  
Dalam keadaan diri yang penuh dosa. Amalan ibadat pun tidak seberapa. Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat sekalian. 
Adakah kita mampu untuk menggagah diri melangkah kaki ke alam akhirat, dalam keadaan diri kita yang kosong ini ? 
Ya, kosong tanpa membawa amalan ibadat buat bekalan di hari pembalasan kelak . 
Bahkan, apa yang lebih membimbangkan jika apa yang kita bawa nanti adalah timbunan dosa. 
Salam Muhasabah buat sahabat2 seperjuangan sekalian ..

Friday, December 28, 2012

PERSIAPAN SEKOLAH ADIK-ADIK :D

annyong :D skolah dh nak buke ni.. so camne adik2 yang still skolah tu? hope semua persiapan dh buat yer adik2.. jgan last2 minit baru nk siapkan semua.. so, memandangkan hari ni tinggal 2 hari lagi before skolah start, insyie pun sibuk la jugak ngan persiapan sekolah adik2 tu.. maklumlaa, kakak mithali *errr? haha.. actually mmg insyie malas la nk kluar prgi bandar sbb mmg confirm jalan jammed terukk.. xsuke bersesak2 atas jalan tuu,, tp, demi adik2 terpaksala pergi jugak .. hihi. seperti yang insyie jangke, mmg jammed truk r jalan.. haishhh.. so, sementara nk tnggu smpai ke destinasi tu, smpat lagi la snapsnapsnap..haha

adik2 insyie pun same naik mcam kakaknye .. :D

so, pusing punye pusing, ronda punye ronda, finally siap jugak completekan barang kanak2 ribena tu.. ALHAMDULILLAH :) 

p/s : bukan gambar sebenar

untuk adik2 kat luar tu yang nak masuk skolah xlame lg ni, goodluck la akak ucapkan.. hope adik2 dpat mengubah diri adik2 untuk trus berusaha capai kejayaan yer :) hope success always be with us k.. chaiyookkk :D


Thursday, December 27, 2012

bosangggggggg !

nothing to post today.. just wanna say im boredddddddddddd.. please understand me ! oh UIA, why you give me such a long holidayy ! my otak is tepu laaa.. nk stdy pun xtau nk stdy ape.. haishhh.. sekian :(
UIA said : bg cuti lame pun salah, bg cuti sekejap pun salah :p

Tuesday, December 25, 2012

CutiCutiMalaysia :D

lama x update blog.. seriously insyie nak sngat update tp malasssss.. ishh,, ank dara ape la malas2 nihh... *mohon jgn tiru prangai insyie yerr* okayyyy ! post kali ni insyie nak cite ngan korunk2 sumua pasal cuti insyie hari tuu.. well xde la best sngat macam korunk punye cuti.. insyie cuti dalam malaysia je punn..hehe.. tp yang bestnye dpat menghabiskan cuti ngan family :) mule2 rancang nak pergi kat ICity,, mmg happy gler la ble walid ngan umi ckap nk bawak pergi sana.. last2 xjd pergi sbb umi kurang sehad .. hrmmm.. xpelaa.. so, tuk menghilangkan rasa sedih kiteorg ni, walid bawak kiteorg prgi gentinggg! mmg syok gler laaa,, naik atas sana mcam ade salji wa ckap luuu.. haha. sejuk bngattt ! mmg syok habes laa.. time walid stop kat tepi jalan tu, insyielah orh first kluar, *excited* haha.. guess ape insyi buat? of course la snap sana sini,.haha 
my beloved family :D

nmpak kesejukanku di situ,haha

sehari before pergi genting,insyie ngan family pergi pusing2 kat melaka.. actually insyie dah puassssssss sngat prgi melaka tuhh.. tp nak buat camne.. hnye mampu ikut jer. so, kat melaka kami prgi kat zoo melaka.. bosankan ? haha.. tp sbenarnye best la jugak dkat zoo tu.. seriously insyie terpegun ngan ciptaan Allah.. subhanallahhh.. haiwan2 dkat dalam tu macam2 rupa ade,bentuk n saiz ade.. time tu rase kerdil sngat.. and, bnda wajib kalau singgah mane2 mestilah bersnapping..haha 
complete 7 siblings :D

actually bnyak lg yang insyie nak kongsi ngan korunk ni tp nnti lau buat entry panjang2 korunk menyampah pulak kan? so, chau dulu yer :)

Thursday, December 20, 2012

SUBHANALLAH :'D


Sungguh. Dia terpempan! Hatinya bagai disiat-siat. Dunianya dirasakan kelam. Inilah rasa sakitnya putus cinta. Tidak pernah dalam kamus hidup Qistina dirinya dikecewakan, bahkan itulah cinta pertamanya. Cukup segalanya diberikan kepada insan bergelar sang arjuna. Disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Fikirnya itulah insan yang bakal menjadi kunci pendua hatinya. Musnah impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama si dia.
Turutkan hati sudah lama dia membunuh diri. Daripada menelan pil lebih dos, kelar tangan sehingga cubaan terjun bangunan, segala usaha sudah puas cuba dilakukan. Tapi, semuanya gagal.
 "Qis, cukuplah Qis! Mak dah tak sanggup nak tengok Qis menderita lagi. Tak ada untungnya pun, mudaratkan diri adalah! Si Fuad tu bukannya kisah tengok keadaan Qis macam ni. Dia senang hati ...Qis yang tak tentu hala," sedih Puan Rahmah mengenangkan nasib puteri tunggalnya. Buntu melihat keadaan Qistina. Makan tak lalu, asyik terperap dalam rumah. Kerja entah ke mana, solat entah ke mana.
"Mak, Qis sayang sangat dia. Qis dah bagi segala-galanya. Qis tak boleh hidup kalau dia tak ada, lebih baik Qis mati je mak."
"Astaghfirullah! Mengucap, Qis. Ingat Allah. Bukan cinta manusia yang kita nak kejarkan, tapi cinta Allah." Puas dipujuk, hanya mati jua yang diluahkan oleh Qistina. Kalaulah dia sedar nikmatnya hidup Allah, pasti bukan ini yang dipinta.
Berbulan telah berlalu, namun masa masih belum mampu mengubat perih hati Qistina. Jiwanya masih belum benar-benar tenang. Terasa masih ada ruang yang kosong di hatinya. Tapi, apa? Kenapa tiada klu untuk soalan ini? Kenapa susah benar mahu lupakan kesedihan ni?
Malam itu Qistina terasa resah yang amat. Hatinya terasa pedih sangat. Bagai meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak pasti. Kepalanya berat sekali. Tapi entah kenapa tangannya terasa ringan mahu mencapai bungkusan coklat di penjuru meja studinya. Itu pemberian terakhir Fuad sebelum mereka berpisah. Segala kenangannya sebelum itu telah dibakar, hanya tinggal bungkusan itu sahaja. Pelik, terasa sayang untuk membuangnya tapi dia belum ada kekuatan untuk membukanya. Baru malam itu dia seolah-olah diberi kudrat menyentuhnya.
"Qis, Fuad minta maaf. Mungkin ni kali terakhir kita berjumpa. Fuad rasa kita patut putus je. Fuad tak mampu nak bagi apa-apa pada Qis, cuma ni aja yang boleh Fuad bagi." Itulah kata-kata terakhir Fuad sebelum menyerahkan bungkusan coklat itu kepadanya. Tiada khabar lain selepas itu.
Hati Qistina meruntun kembali. Tapi digagahkan juga membuka bungkusan itu. Subhanallah! Terpacul kalimah itu daripada bibir Qistina. Sebuah mushaf berwarna hijau pucuk pisang dikeluarkan perlahan-lahan. Tafsir al-quran! Entah bila kali terakhir dia menyentuh kitab seperti itu. Air matanya berderai. Tidak mampu ditahan. Dibuka helaian pertama ...ada nota kecil didalamnya.
Buat Qistina, Fuad minta maaf seandainya tindakan Fuad betul-betul menghancurkan hati Qis. Jujur bukan itu niat Fuad sebenarnya. Pedih rasanya hati ni untuk mengambil keputusan seperti itu. Tapi, Fuad tak mampu. Tak mampu untuk berhadapan dengan Allah nanti. Cukup banyak rasanya dosa yang kita dah buat selama ni. Memang Fuad sayangkan Qis, tapi Fuad tak mampu nak letakkan cinta kepada Qis melebihi cinta Allah. Sebab tu Fuad tak nak jadi insan yang mengheret Qis ke neraka. Fuad bukanlah orang yang layak untuk menerima cinta sejati daripada Qis. Harga sebuah mahar cinta sejati itu terlalu mahal. Hanya mampu dimiliki oleh sang Pencipta sahaja. Sepertimana nama Nur Qistina Wafa' ...cahaya keadilan dan kesetiaan, begitu juga harapan Fuad. Berlaku adil dan setialah kepada Yang Esa. Hanya ini yang mampu Fuad berikan ....ayat-ayat cinta daripada Kekasih yang paling agung.
Lencun sudah baju Qistina. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Diselak-selak lagi helaian berikutnya. Terdapat pula nota tulisan nama surah dan ayatnya. Dicari dan dibacanya satu persatu.
"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186)
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Matanya tertancap pada ayat yang benar-benar menusuk jiwanya.
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-R'ad, ayat 28)
Ya. Inilah jawapan kepada seribu satu persoalan Qistina. Itulah pertama kali sejak kali terakhir dia bersujud di tikar sejadah. Malam itu menjadi saksi kehambaannya kepada Yang Esa. Entah berapa banyak air mata yang melimpah. Membawa diri untuk kembali kepada yang hakiki. Jauh di sudut hatinya, tiada apa yang mampu diluahkan '...Terima Kasih Kekasihku, bukan Engkau yang melupakanku, tapi aku yang terlupa akanMu.'
Sungguh. Benar. Memang dunia tidak cukup adil kepada kita. Tetapi Allah itu Maha Adil. Perancangannya cukup rapi untuk setiap makhluknya. Dia sentiasa menyimpan pelangi untuk setiap hujan panas yang dialami hambanya.

Wednesday, December 12, 2012

~ Di Sebalik Tarikh 12.12.12 ~

 assalamualaikum..sahabatku sekalian...
12.12.12...sume aggap tarikh ni ade ong la knonnye...masig2 mle la nak wat sstu...antranya peristiwa yg bleh wat tarikh ni jd sjarah:-
- tarikh ow g sbok plih thun ni utk nikah(cam la nikah tarikh len x berkat)
- msig2 sbuk nak tpon pakwe/makwe msig2 n ckap " awak igt x arini anniversery kte...tp tarikh harini plg   suweeet kan..kan..kan..."
- sape buzday mse tarikh ni la owg plig bgge skali larhhh..
- sape dpat lahirkn anak tarikh harini mesti akn dpat msok "buletin utama"...w0w,glamor mak jemah!!!!!!!!
- msig2 mnx kapel antre stu sme lain...pakwe & makwe la...(dari kapel bek nikah tros je,kan halal x la haram)
- aduhai final exam la plak tarikh ni
- n ade la bnde2 lain yg aq dah mlas nak pkir pe yg mnyebabkan dowg kate tarikh ni bez sgt2...(lu pikir lah sndri)
- u alllzzz...jom wat smthg mlam ni yg bleh bg knagan plig maniss dlam idop kte!!!(taon dpan dah x de kowt 13.13.13)

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..............

ade x mse tarikh 12.12.12 ni owg trpkir cam ni plak???antrenye:-

- adkah tarikh ni adlh tarikh aq akan kmbali kepada YANG MAHA PENCIPTA???(meninggal)
- adakh mugkin tarikh ni akn brlakunya kiamat???
- adakah pada tarikh ni akan Allah turunkan bala bencana pada kte semua krana sgala dosa yg tlah kita lakukan???
- brapa banyakkah n besarkah prjuagan serta pengorban aq pada Islam bila tibanya tarikh ni???
- ape je yg dah aq bg kat mak ayah aq slame ni yg dpat bggekan mreka bila tarikh ni menjelang???
- Allah terima ke semua amaln aq selama ni???
- menjelang tarikh ni dah brape kali aq jejakkan kaki kat tanah suci (buat HJ or umrah)???
- brapa bnyakkh sdekah yg aq dah hlurkan seikhlas hati tanpa ugkit slame ni???
- brape kali aq bgon solat malam dan bersujud hgga mnitiskan air mata sblm ni (qiamulail)???
- adakah sgala zakat dan fitrah yg aq berikan slame ni diterima oleh Allah???
- n sgala prkara yg boleh mmbawa kita kpada keinsafan diri...(kite sume muhasabah la dri sndiri k)

HAKIKATNYA.!!!Kte lbih snag igt bnde yg pinjaman n x kkal lame dpan mate kte je tnpe pkir yag akan kekal di akhirat kelak nnti...marilah kte muhasabah diri kte k...sye diberi ilham ni dari Allahuntuk mgigatkan anda semua dan diri sye sndiri yg pndai bace n ade akaun facebook la katekan...klu x de akaun facebook x akn bleh bace ape yg sye post ni...kcuali klu ade yg brcerite kat owg len 2...trime kasih smpai2kn post ni...huhuhu...wallahua'lam...sekian...terima kasih...

p/s: renung2kan dan selamt bermuhasabah... 

~ KEMAHKEMING UAI ~

 
muhasabah2 :)
tutuplah aurat anda yer :)
haha :D
kalau dah j0doh, xkemana ~
 
haha ~ kemah keming Ustaz Azhar Idrus :)
 

Wednesday, December 5, 2012

JANTUNG HATIKU :D

 
hii ! hari ni insyie nk knalkn k0runk2 smua ngan buah hati insyie k . ehhhh, jgn pikir bukan2 yer, buah hati yg insyie maksudkan tu adik insyie laaa.. hehe.. 
muahx2 ! syg nieyna !
walidku n umiku bg name dye NOOR HUSNINA MAWADDAH..tp pggil adik jer.. ank b0ngsu la katekann..  budak ch0meyl nie baru nk masuk 6 tahun.. dye laa yg slalu buat hari aku ceria n happy selalu.. tp..... manje sngat n mulut tu laju je ckap.. mcam org dewasa dh..hehe.. papepun, angah syg adik ketat2 yer.. mmuahhhxx !


MEMBUKA PINTU REZEKI :D

 
 Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...Insya Allah - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
  .Mari kita cuba.. Allahhuakhbar... 


Tuesday, December 4, 2012

START BERTWITTER * KUNO

 
saya budak baru belajar ,
m0hon beri tunjur ajar :D
 
 
 akhirnye impian nak berTWITTER tercapai jugak.. ngeh3.. walaupun dah lapuk tp I d0nt care.. org laen ade twitter, insyie pun nak ade jugak..hehe .. actually dah lame insyie buat acc0unt twitter ni.. tp, bile dh buat xpndai pulak nk maen nye.. huhhh ! last2 bia mcam tu je.. tp kali nie rase nk start aktif la.. mintak tunjuk ajar kawan2 :) and sape2 yang rase baik hati nak t0long ajarkan pun  b0ley.. hehe .eh, jgan f0llow twitter insyie ye .. ni ha insyie punye. d0 f0llow yer n i will f0llow u back :D 
 

bl0g berhabuk !

 
finally ! baru ade rase nak update bl0g nie.. setelah beberapa bulan dibiarkan sepi je.. huhu.. dear my bl0g, i really3 miss u.. hehe.. mmuahhx ! 

Tuesday, May 29, 2012

INSYIE START HOMESICK :(


lame dah insyie tak update bl0g nie.. so busy ngan persiapan nak msuk U nie.. busy bli brang2 tp tu pun msih de yg xc0mplete lg.. es0k la last nak pi beli smua2.. nnti hari khamis dah nak pergi tp l0m pegi dftar lagi.. insyie daftar hari sabtu nie.. xlme dah.. hurmmm, s0 sad la.. huhuhu.. :( skrunk pun dah start rase HOMESICK tu.. jgan la nnti kat sne nanges2 nak blik.. walaupun dulu insyie dah 5 taun brjauhan ngan fmily tp dlu laen, skrunk laen.. xnakkkkkkkkkk !!! tp xnak pun kena pegi jugakk.. sab0 je laa.. 



kwan2 insyie pun dah rmai msuk blajar.. yang msuk matrik semua dah pergi daftar. skrunk nie tnggal kwan2 yg nak msuk U jelaa.. yg dpat sme U ngan insyie pun rmai tp k0s laen2. yg sme k0s ngan insyie xde pun, yg ade smua llaki.. prempuan insyie s0rang je.. xpela, bkan nak pegi bkawan, nk blajar kan.. red0 je la. brang2 yg dah bli pun insyie x packing lagi ltak dlam bag.. malas sngat lahh.. nnti sruh umi je smpan..hehe.. bgus punye anakk.. nnti xleyh dah la nak berbl0gging nie.. dah xde mse sbb sbuk kan.. mklum je la ye.. berhabuk plak la bl0g kesayangan insyie nie. huhuhu.. xpela, insyie nak pi packing brang2 insyie dulu la.. dah xde mase nie.. huhuhu.. k0runk2 pun j0mla t0long insyie ye.. bnyak nie..insyie tau k0runk smue baek2 kan.. hehehe.. okei la, chau dulu ye..

~ ASSALAMUALAIKUM ~


Friday, May 25, 2012

~ EMPAT PERKARA ~




Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:
  1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  2. Para ahli waris akan menarik hartanya
  3. Ulat akan menarik tubuhnya
  4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”

Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam :
  1. Memberi maaf pada waktu marah
  2. Suka memberi pada waktu susah
  3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”

Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
  2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
  3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
  4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”

Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Ketahuilah,
Seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya).” 

Wallahualam.

Thursday, May 24, 2012

♥ MY I.C.A.M. ♥




hye ! hari nie rase terlebih rajin nak buat entry psal my bestfren smpai mati :) nme dye amilin a.k.a. icamm..haha..

nie dia ! icammm yg cntik, cun melecun gituhh dan errr dagunya yg.... haha

nak tahu knp pnggil dye icam?? sbb de s0mething dkat muka cute dye tu berbntuk macam nie ! haha.. sory sygg ! kami mmg rpat la.. rpat sesangat.. 5 tahun kelas skali ! mcam2 yg kami lalui bersama-sama.. suka, duka, smua ad.. really miss u la syg ! dah lme xjmpe dye nie, last jmpe time amek result spm.. tu pun skejap je.. ntah ble la dye nak dtang mlawat insyie dkat tganu nie.. ble ek amilin?? spe2 pembaca yg dpat matrik dkat pulau pinang tu leyh la jmpe dye sbb dye smbung kat ctu.. xsme la ngan insyie..huhu :((.. tp xpe ! u will always in my heart.. dye pun de bl0g.. lau sudi f0llow la skali bl0g dye nie kat SINI ! ok, dah xde pape nak ckap psal syg sy nie.. h0pe our relati0nship will last f0reverr.. muahhhhxx ! syg kamu ketat-ketat k..
*trima kasih dkat sy ye amilin sbb da pr0mote bl0g kamu..haha

ku bawa wajahmu , walau diriku jauhhhh !!!

Tuesday, May 22, 2012

TAKKU SANGKA ! TAKKU DUGA !



agak-agak lau neng0kkan tajuk entri insyie kali nie mesti k0runk ingat insyie putus cinta kan?? kan3? hahaa.. xdela, sbenarnya bkan sbb tu la.. lau nak tau, semalam, 20 MEI 2012 merupakan HARI JADI insyie la.. haa ! pelagi? cpat wish !! heheehe.. 


k0runk xnak wish, insyie wish tok dri sdiri la.. :)

sebenarnya de bnda yang mbuatkan insyie terharu sngat smpai insyie mengalirkan air mata, menangis teresak-esak .. pebende nya yg smpai menangis tu?? lau nak tau, semalam lam pukul 11.30 camtu, time tu insyie dah mengantuk ~ tunggu mata nak pejam je ~ n tbe2 handph0ne kesayangan nie vibrate, trkejut gakk, spe yg c0l mlam2 nie..nak kate SI DIA bkan sbb ringt0ne laen ! insyie dah setkan ringt0ne special tuk dye.. ahakkss *gedikkk* tnpe tng0k nme pemanggil tu, insyie trus je angkat maklumla excited smpai xingat nak tng0k spe pemanggil tuhh..haha.. angkat punya la excited tp dah angkat tu tbe2 snyap lakk.. ad0iilaa ~ n tbe2 telinga nie dengar suara2 sumbang 
 HAPPY BIRTHDAY TO YOU    HAPPY BIRTHDAY TO YOU    
apelagi, trus rase sebakk hati nie.. rupe2nya BEKAS adik2 d0rm tersayang yg c0l, camne x sebakk edenn nie.. lpas d0runk nyanyi berjemaah tu, hp pun brtukar tngan, s0rang2 wish bufday tuk kak kesayangan d0runk nie.. hihihi. ! k0ya plakk ! insyie plak c0ver2 suara nie tkut kantoi menangis..haha! lpas d0runk c0l smalam insyie pun dngan rajinnya taip mesej special tuk d0runkk sambil air mata mencurah-curah..insyie ngis bkan sbb pe, sbb terharu and insyie rndu sngat2 ngan d0runkk.huhuhu ! dahla~ xnak sdeh2, insyie nak tnjuk msj yg insyie taip tuh... msejnye berbunyii..........................



thankss la adeq2, sbb ingat lagi kak nie.. dpat gak lpas rndu smalam dngar suara bdak2 tu.. mmg xleyh tipu r, insyie rindu sangat ngan kerenah nakal bdak2 tu..tbe2 tringat kenangan pahit manis lam d0rm tuh ! mmg rpat sgat ngan d0runkk !  wlaupun de yg baru msuk, tp kami snang je nak rpat.. time nak brpisah thun lpas mmg sedih sngat3.. lau msuk prtandingan air mata, mmg dpat award la..ahaha.. sayang k0runk ketatketat tauu.. k, takmau dah tulis pnjang2, nnti k0runk b0ring lak bce berjela-jela..hehehe.. lastly, tuk santapan pmbaca smua, insyie sajikan gmbar2 insyie n ahli2 d0rm kesayangan insyie nie :)) salamm !

nie suprise d0runk tahun lpas :)) xsngka !
kami k0ngsi tarikh bufday ! hehe.
alamak ! d0rm bersepahh ! harap maaf ! :)
nie time sambutan maulidur rasul tahun lpas..

dkat tangga pun smpat lagi p0sing.. ahakss !!

me heart you ! 

jauh termenung !

slamat hari raya ! maaf zahir batin.. :) hahaha

miss u :(

k0ya je smua nie.. 

~ TAKKU SANGKA ! TAKKU DUGA ! ~

Sunday, May 20, 2012

SENYUMLAH ! MENAWAN SANGAT :)




b0ring2, sje je nak p0st nie.. terbace td :)

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.

Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab.

“Ustaz saya pesan,senyum itu sedekah.

saya takda duit nak sedekah,jadi saya senyum jelah kat tabung tu :)

p/s : budak pun pndai nak senyum tp knape remaja skarang susuah sngat nak snyum?bkan susah pun nak snyumm.. lgi cantik de la, manis je.. hihiihi. s0, senyum la cmua k.. 


senyum ckitt!
al0loolo, ch0meylnye.. :)