Tuan Empunya Bl0g :)

My photo
kuala terengganu, terengganu, Malaysia
Hey, this is my bl0g, so I have to say something about myself. Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Let me give a try to see what kind of image you have about me through my self-description. My parents gave me the name of Noor afifah Insyirah and I was born on May 20, 1994. I am a very caring and patient. I am also very easy to forgive all the wrong that was done by others. I'm not the kind of grudge. for information, I am very easy to shed tears ~sensitive~. I am very eager to make friends because of my friends my life without no draws. so, do not be shy, do not be afraid to be friends with me. :) Foll0w me ok !! I hope that my impression about myself and your impression about me are not so different. Here it goes. This is a brief introduction of myself. If you are interested in knowing more, read my articles or take a look at my picture. Do not expect too much, and keep your sense of humor.

Monday, December 31, 2012

MUHASABAH DIRI MENJELANG 2013

Dalam keheningan malam ini, aku menggagah diri merenung jauh erti kehidupanku selepas ini. 
Dalam meneruskan pelayaran mengemudi sebuah bahtera kehidupan ,aku sedar bahawa ia bukanlah semudah yang disangka. Kata orang,apa erti sebuah pelayaran jika tidak dipukul ombak. 
Bahkan lebih daripada itu, ia mungkin sahaja bisa karam di tengah pelayaran. Ya, karam dek kerana Sang Nakhodanya yang kurang arif tentang selok belok pelayaran. 
Sesat jauh di tengah lautan tanpa sebarang petunjuk ..!
Begitulah juga kehidupan ini, ia perlu dijalani dengan sebaiknya. Sedar daripada mana kita datang, tujuan apa kita dihidupkan, dan kemana destinasi seterusnya yang bakal kita tuju. 
Hinggalah destinasi yang terakhir, yang pada masa itu tidak ada kesudahan yang lain lagi, yakni samada diseksa neraka atau kekal abadi di syurga.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan begitulah seterusnya. Selagi matahari dan bulan tetap berada di paksinya, maka putaran masa itu akan terus berlalu tanpa henti . 
Namun persoalannya, adakah kita yang bergelar muslim dan mukmin pada hari ini hanya mampu berpeluk tubuh atau membiarkan putaran masa itu berlalu begitu sahaja tanpa ia diisi dengan amalan-amalan soleh dan berfaedah. 
Tinggal beberapa jam sahaja, maka berakhirlah tahun 2012. Menandakan, umur kita semakin meningkat. 
Kata Imam Ghazali Rahimahullah ; Ketahuilah kamu bahawa sesuatu yang paling jauh daripada dirimu adalah masa yang telah berlalu pergi. Dan ketahuilah bahawasanya saat kematian itu adalah sesuatau yang paling hampir dengan dirimu. 
Manakan tidaknya, sedetik sahaja masa yang sudah berlalu manakan mungkin kita dapat kembali lagi kepadanya. 
Ini bermakna, masa yang telah berlalu membawa kita menghampiri saat kematian. 
Adakah kita sudah bersedia seandainya Malaikat Izra'il datang menjemput kita di saat ini...?  
Dalam keadaan diri yang penuh dosa. Amalan ibadat pun tidak seberapa. Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat sekalian. 
Adakah kita mampu untuk menggagah diri melangkah kaki ke alam akhirat, dalam keadaan diri kita yang kosong ini ? 
Ya, kosong tanpa membawa amalan ibadat buat bekalan di hari pembalasan kelak . 
Bahkan, apa yang lebih membimbangkan jika apa yang kita bawa nanti adalah timbunan dosa. 
Salam Muhasabah buat sahabat2 seperjuangan sekalian ..

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum...
sila la tnggalkan k0men kat cni!! satu pun jadi la !!
mekasih :)