Tuan Empunya Bl0g :)

My photo
kuala terengganu, terengganu, Malaysia
Hey, this is my bl0g, so I have to say something about myself. Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with. Let me give a try to see what kind of image you have about me through my self-description. My parents gave me the name of Noor afifah Insyirah and I was born on May 20, 1994. I am a very caring and patient. I am also very easy to forgive all the wrong that was done by others. I'm not the kind of grudge. for information, I am very easy to shed tears ~sensitive~. I am very eager to make friends because of my friends my life without no draws. so, do not be shy, do not be afraid to be friends with me. :) Foll0w me ok !! I hope that my impression about myself and your impression about me are not so different. Here it goes. This is a brief introduction of myself. If you are interested in knowing more, read my articles or take a look at my picture. Do not expect too much, and keep your sense of humor.

Tuesday, May 29, 2012

INSYIE START HOMESICK :(


lame dah insyie tak update bl0g nie.. so busy ngan persiapan nak msuk U nie.. busy bli brang2 tp tu pun msih de yg xc0mplete lg.. es0k la last nak pi beli smua2.. nnti hari khamis dah nak pergi tp l0m pegi dftar lagi.. insyie daftar hari sabtu nie.. xlme dah.. hurmmm, s0 sad la.. huhuhu.. :( skrunk pun dah start rase HOMESICK tu.. jgan la nnti kat sne nanges2 nak blik.. walaupun dulu insyie dah 5 taun brjauhan ngan fmily tp dlu laen, skrunk laen.. xnakkkkkkkkkk !!! tp xnak pun kena pegi jugakk.. sab0 je laa.. 



kwan2 insyie pun dah rmai msuk blajar.. yang msuk matrik semua dah pergi daftar. skrunk nie tnggal kwan2 yg nak msuk U jelaa.. yg dpat sme U ngan insyie pun rmai tp k0s laen2. yg sme k0s ngan insyie xde pun, yg ade smua llaki.. prempuan insyie s0rang je.. xpela, bkan nak pegi bkawan, nk blajar kan.. red0 je la. brang2 yg dah bli pun insyie x packing lagi ltak dlam bag.. malas sngat lahh.. nnti sruh umi je smpan..hehe.. bgus punye anakk.. nnti xleyh dah la nak berbl0gging nie.. dah xde mse sbb sbuk kan.. mklum je la ye.. berhabuk plak la bl0g kesayangan insyie nie. huhuhu.. xpela, insyie nak pi packing brang2 insyie dulu la.. dah xde mase nie.. huhuhu.. k0runk2 pun j0mla t0long insyie ye.. bnyak nie..insyie tau k0runk smue baek2 kan.. hehehe.. okei la, chau dulu ye..

~ ASSALAMUALAIKUM ~


Friday, May 25, 2012

~ EMPAT PERKARA ~




Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:
  1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  2. Para ahli waris akan menarik hartanya
  3. Ulat akan menarik tubuhnya
  4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”

Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam :
  1. Memberi maaf pada waktu marah
  2. Suka memberi pada waktu susah
  3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”

Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
  2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
  3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
  4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”

Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Ketahuilah,
Seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya).” 

Wallahualam.

Thursday, May 24, 2012

♥ MY I.C.A.M. ♥




hye ! hari nie rase terlebih rajin nak buat entry psal my bestfren smpai mati :) nme dye amilin a.k.a. icamm..haha..

nie dia ! icammm yg cntik, cun melecun gituhh dan errr dagunya yg.... haha

nak tahu knp pnggil dye icam?? sbb de s0mething dkat muka cute dye tu berbntuk macam nie ! haha.. sory sygg ! kami mmg rpat la.. rpat sesangat.. 5 tahun kelas skali ! mcam2 yg kami lalui bersama-sama.. suka, duka, smua ad.. really miss u la syg ! dah lme xjmpe dye nie, last jmpe time amek result spm.. tu pun skejap je.. ntah ble la dye nak dtang mlawat insyie dkat tganu nie.. ble ek amilin?? spe2 pembaca yg dpat matrik dkat pulau pinang tu leyh la jmpe dye sbb dye smbung kat ctu.. xsme la ngan insyie..huhu :((.. tp xpe ! u will always in my heart.. dye pun de bl0g.. lau sudi f0llow la skali bl0g dye nie kat SINI ! ok, dah xde pape nak ckap psal syg sy nie.. h0pe our relati0nship will last f0reverr.. muahhhhxx ! syg kamu ketat-ketat k..
*trima kasih dkat sy ye amilin sbb da pr0mote bl0g kamu..haha

ku bawa wajahmu , walau diriku jauhhhh !!!

Tuesday, May 22, 2012

TAKKU SANGKA ! TAKKU DUGA !



agak-agak lau neng0kkan tajuk entri insyie kali nie mesti k0runk ingat insyie putus cinta kan?? kan3? hahaa.. xdela, sbenarnya bkan sbb tu la.. lau nak tau, semalam, 20 MEI 2012 merupakan HARI JADI insyie la.. haa ! pelagi? cpat wish !! heheehe.. 


k0runk xnak wish, insyie wish tok dri sdiri la.. :)

sebenarnya de bnda yang mbuatkan insyie terharu sngat smpai insyie mengalirkan air mata, menangis teresak-esak .. pebende nya yg smpai menangis tu?? lau nak tau, semalam lam pukul 11.30 camtu, time tu insyie dah mengantuk ~ tunggu mata nak pejam je ~ n tbe2 handph0ne kesayangan nie vibrate, trkejut gakk, spe yg c0l mlam2 nie..nak kate SI DIA bkan sbb ringt0ne laen ! insyie dah setkan ringt0ne special tuk dye.. ahakkss *gedikkk* tnpe tng0k nme pemanggil tu, insyie trus je angkat maklumla excited smpai xingat nak tng0k spe pemanggil tuhh..haha.. angkat punya la excited tp dah angkat tu tbe2 snyap lakk.. ad0iilaa ~ n tbe2 telinga nie dengar suara2 sumbang 
 HAPPY BIRTHDAY TO YOU    HAPPY BIRTHDAY TO YOU    
apelagi, trus rase sebakk hati nie.. rupe2nya BEKAS adik2 d0rm tersayang yg c0l, camne x sebakk edenn nie.. lpas d0runk nyanyi berjemaah tu, hp pun brtukar tngan, s0rang2 wish bufday tuk kak kesayangan d0runk nie.. hihihi. ! k0ya plakk ! insyie plak c0ver2 suara nie tkut kantoi menangis..haha! lpas d0runk c0l smalam insyie pun dngan rajinnya taip mesej special tuk d0runkk sambil air mata mencurah-curah..insyie ngis bkan sbb pe, sbb terharu and insyie rndu sngat2 ngan d0runkk.huhuhu ! dahla~ xnak sdeh2, insyie nak tnjuk msj yg insyie taip tuh... msejnye berbunyii..........................



thankss la adeq2, sbb ingat lagi kak nie.. dpat gak lpas rndu smalam dngar suara bdak2 tu.. mmg xleyh tipu r, insyie rindu sangat ngan kerenah nakal bdak2 tu..tbe2 tringat kenangan pahit manis lam d0rm tuh ! mmg rpat sgat ngan d0runkk !  wlaupun de yg baru msuk, tp kami snang je nak rpat.. time nak brpisah thun lpas mmg sedih sngat3.. lau msuk prtandingan air mata, mmg dpat award la..ahaha.. sayang k0runk ketatketat tauu.. k, takmau dah tulis pnjang2, nnti k0runk b0ring lak bce berjela-jela..hehehe.. lastly, tuk santapan pmbaca smua, insyie sajikan gmbar2 insyie n ahli2 d0rm kesayangan insyie nie :)) salamm !

nie suprise d0runk tahun lpas :)) xsngka !
kami k0ngsi tarikh bufday ! hehe.
alamak ! d0rm bersepahh ! harap maaf ! :)
nie time sambutan maulidur rasul tahun lpas..

dkat tangga pun smpat lagi p0sing.. ahakss !!

me heart you ! 

jauh termenung !

slamat hari raya ! maaf zahir batin.. :) hahaha

miss u :(

k0ya je smua nie.. 

~ TAKKU SANGKA ! TAKKU DUGA ! ~

Sunday, May 20, 2012

SENYUMLAH ! MENAWAN SANGAT :)




b0ring2, sje je nak p0st nie.. terbace td :)

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.

Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab.

“Ustaz saya pesan,senyum itu sedekah.

saya takda duit nak sedekah,jadi saya senyum jelah kat tabung tu :)

p/s : budak pun pndai nak senyum tp knape remaja skarang susuah sngat nak snyum?bkan susah pun nak snyumm.. lgi cantik de la, manis je.. hihiihi. s0, senyum la cmua k.. 


senyum ckitt!
al0loolo, ch0meylnye.. :)

Thursday, May 17, 2012

~ MUHASABAH DIRI ~












kali nie insyie nak ajak k0runk semua MUHASABAH DIRI .. j0m same2 kita renungi k !!

"...dahulu aku kurang baik...
kini aku ingin jadi LEBIH baik...

semalam aku hidup penuh berdosa...
hari ini aku berusaha mencari pahala...

aku yang terbuat salah,maafkan...
org yang membuat salah aku maafkan...

bila aku menangis, ENGKAU salalu ada...
tidak nampak, TAPI tetap merasa...

dalam doa ku mohon keampunan...
dalam niat ku ingin perubahan..."

p/s: putih, tidak selalunya putih...hitam, tidak selamanya hitam...BASUHLAH dengan jiwa yang tenang, pasti ada perubahan...berubah, anda mampu mengubah...insyaAllah, bersamaNya, harum mewangi.





sama2 la kita pikirkan k !!

Wednesday, May 16, 2012

MOGOK!!MOGOK!!MOGOK!!




Mesti yang belum tahu tu mesti tertanya-tanya kenapa ramai orang buat Default Picture (DP) di Facebook gambar berwarna coklat dengan mata tertutup bukan? Ok, sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Pnjara Israel..

Insyie pun dah buat..anda bila lagi :p
Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.


Gambar-gambar yang boleh digunakan tanda sokongan anda!
Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Alhamdulillah, setakat ini ramai dah menggunakan DP ini di profile facebook masing-masing.. kalau yang belum tukar tu boleh la berbuat demikian.

P/s: Jangan pakai je tapi tak tahu apa yang tersurat di sebalik gambar tersebut ya.. Sama-samalah kita berdoa buat saudara-saudara kita di sana, semoga usaha kita yang tak seberapa ni diterima oleh Allah Swt. InsyaAllah..


Tuesday, May 15, 2012

BERUNTUNGNYA KAUM HAWA :)




perempuan oh perempuan.. ish3, lau kluar drpd rumah n pi jlan2 kat bndar, msti mata insyie nie sakit tng0k fesyen perempuan yang k0nonnya up t0 date..cantik sngat la tu?? dngan baju x ckup kain.. de tu pnjam baju adik k0t.. trbelah sane, trselak sini.. nak jlan pun trseksa tau.. heiii sdarla skit, buat pew nak nmpak cantik kat dunia nie tp nnti kat akhirat orng2 yg camnie la pling h0doh skali.. sifat s0pan-santun pun dah susah nak cari kat dalam diri perempuan2 skarang, apatah lagi sifat2 keibuaan tuh, langsung x terserlah.. sdih jgak kdang2 lau terfikirkan bnda camnie.. insyie bkan nak ckap yg insyie nie baik, bagus n alim.. tpi  sbagai umat islam, xsalah lau kita saling menegur kan?? sbagai pengajaran tuk dri sndiri jgak.. at least terlepas jgak insyie drpda d0sa. insyie hrap spe2 yg bce p0st nie bkan mcam perempuan yg insyie ckpkan k.. tp lau de tu, k0runk leyh ubah lagi.. bnyak cre yg leyh kita lakukan tuk ubah diri n sikap kita k.. :) sbenarnya, kita nie bruntung sngat sbab dilahirkan sebagai serorang perempuan. nak tau knp insyie bgtahu camtu?? k, j0m bce pe yang de kat bwah nie.. insyie de snaraikan knp perempuan sangat beruntung.. :))

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”



HAA!! dah hbis bace?? bru sdar kan bhawa kaum hawa nie byak klebihannya.. so, kita nie kena bersyukur dilahirkan sbagai seorang wanita.. cara tuk kita bersyukur smestinya dengan memelihara maruah diri kita k.. jgan la sewenang-wenangya mmpamerkan bnda yg xspatutnya dit0nton oleh bukan muhrim kita k.. bkan kita je yg dpat d0sa tp orang yg melihat trut dpat d0sanya.. s0, fikir2kanlah dan selamat beramal.. :)))


Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI IBU !!




Antara boyfriend/girlfriend dengan ibu sendiri, mana yang paling korang sayang? 
Mestlah sayang ibu kan?
Bohong! 
Kenapa bila bercakap dengan bf/gf, suara buat-buat lembut dan berbudi bahasa? Tetapi dengan ibu, mesti korang pernah tinggikan suara atau tengking mereka?
Kenapa dengan bf/gf, korang teringin sangat nak cium tapi dengan ibu sendiri, nak cium tangan pun susah!
Kenapa sanggup habiskan duit beli hadiah untuk bf/gf, tapi nak bagi hadiah kt ibu, memang susah sangat!
Kenapa nasihat dari bf/gf, korang ikut bulat-bulat? Tetapi dengan ibu sendiri, nak ikut nasihat mereka memang susah! asyik ikut kepala sendiri je
Apa yang saya cakap kat atas tu tak pernah korang buat? bagus, bagus.. korang memang anak yang soleh/solehah.. hehe
Hargailah pengorbanan dan jasa mereka membesarkan anda. Percayalah, bila anda berbuat baik dengan ibu bapa, pasti kelak anak-anak anda pula akan berbuat baik.

hmmm, nak tau x knp hri ibu nie lbih meriah drpd hari bapa??
j0m, lihat gambar di bwah nie ~


s0, inilah sbb hari ibu lbih meriah drpd hari bapa ~ tp, walau mcmane pun, kedua2 mereka penting dlam hidup kite tau.. tanpa bapa xkan wujud jgak kte kat muka bumi nie k. jd, kita prlulah h0rmat, syang n cinta kedua-dua mereka k.. 




Di kesempatan ini insyie ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat umi insyie NOOR SALMINA ABDUL MANAN.Semoga di murahkan rezeki, di panjangkan umur, di mudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak.

Doa insyie untuk umi insyie yang insyie sayang

"Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan kepada umiku, Kau berikankan kekuatan kpd umiku, yang telah melahirkanku ini, dari kecil hinggalah dewasa, tak jemu-jemu umiku menjagaku, Kau berikanlah kebahagian untuk umiku, sesungguhnya aku hanya mampu berdoa tidak mampu untuk memberikan kemewahan untuk umiku, amin."

~ angah sayang umi ketat-ketat ~


Tuesday, May 8, 2012

UPU OH UPU !!




hye!! lme dah x update bl0g nie.. rndu same k0runk2 cmua.. hikhikhik.. ok la, hri nie citew yg insyie dah check twaran upu.. mmg brdebar gilew3 la b4 bukak link tuk check tu.. tkut x dpat pe yg insyie nak kan.. mmg cuakkkkk sngat. hee~ maklumla penentu masa dpan kann. lu xdpat pe yg insyie nak mmg mngis x berlagu la..huuuhu.. dlam mse tnggu semakan dbuka tu tbe2 hp ksyangan insyie pun tetiba brbunyi.. rpenye kwan baek insyi c0l n tnye result upu insyie.. aikk?? insyie plik sbb asewnye lgi stengah jam bru semakan dbuke.. rpe2nye dye bukak awal la.. ape la, x peka bt0l..hahaha. ok, ngan prasaan cuak insyie pun bkak la link yg kwan insyie bg tuhhh... BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ~
loading.....loading.......loading....
haa! k0runk nk tau x insyie dpat pew?? hehehe...
j0m tng0kk sme2 k !! :))




haa!! nie la resultnye ~


yuhuuu ~ ALHAMDULILLAHH..  syukur Ya Allahh.. akhirnya Allah mkbulkan gak d0a insyie nie.. wlaupun x dpat first ch0ice tp insyie syukur sngat2 sbb dpat slah stu drpd k0s yg insyie mintak tu.. UIA derr~ hahaha... hepinya, hepi sngat.. so, mmg insyie dah brazam tuk blajar brsungguh-sungguh kat U nnti.. xde dah n0ty2, maen2.. just FOKUS tuk cpai kejayaan je.. INSYAALLAH.. k0runk t0long d0akan tuk insyie jgak k.. 

btw, nak ctew rmai gak r dak sk0lah insyie yg dpat twaran UIA tp k0s je laen2.. bleyh la jmpe kwan2 lme kat sne nie.. suke sngat.. yg pling best, bestfren insyie pun dpat tmpat same ngan insyie.. bestfren 5 tahun tu.. mmg hepi sngat blew dpat tau yg dye pun dpat UIA.. nnti leyh la lpas rndu kat sne.. jumpe sne ye cik diyah syg... :))

kami kwan smpai mati.. :))

saya syg diyah sy.. 


hurm, lastly kpd spe2 yg bce entry insyie n dpat jgak twaran blajar kat mne2, tahniah la insyie ucapkan.. sme2 kita struggle k.. bg yg kurang brnasib baik tu, jgan sdeh2, maybe rzeki k0runk bkan kat cnie k..
ingat, ALLAH tu maha adil !! k, baiii ~



Wednesday, May 2, 2012

RAHSIA BULAN KELAHIRAN :)






~ j0m kwan2 check rahsia disebalik bulan kelahiran anda ~





Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –

Julai
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.




Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.haa, lau dah bce tu, share la blan klahiran k0runk k.. :))