Wanita ----- > kecantikan
Wanita ----- > aurat
Yesss.. kedua2 perkara nie memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Cantik tu fitrah, aurah tuh kewajipan. Kadang2, terlalu mengejar kecantikan di mata manusia, sehingga lupa menitikberatkan soal aurat. Menyedihkan kan.. hm jangan sesekali mempertaruhkan prinsip Islam hanya sekadar untuk jadi ‘cantik’ semata2. Boleh nak jadi ‘cantik’, tapi cantik lah mengikut syariat Islam. Nim baru betul2 cantik kan. Cantik dengan menutup aurat dengan sempurna.
Here.. wanna share something that I got somewhere. Yeahhh, perumpamaan bagi gadis2, wanita2 comel sekalian dalam pemakaian & menutup aurat. Baca dan sama2 kita fikir dan pilih, situasi mana yang kita inginkan. Okeyh, sekarang, kita umpamakan diri kita sebagai ‘pakaian’.
Situasi 1 : Pakaian murah
#Yup, pakaian murah biasanya dilonggokkan. Pembantu kedai pun tak nak lipat baju tuh, berhabuk. Orang boleh pegang sesuka hati. Kalau tak suka, campak. Ambil dan cuba yang lain pula. Kan.
~Wanita sebegini terdedah sana sini. Aurat tak diambil peduli. Kalau ambill peduli pun ikut mood. Mudah bergaul dan mudah didekati. Pergaulan tak terjaga, boleh maen tepuk tampar, sentuh, cubit2 dengan lelaki. Maruah bukan keutamaan. Yela, 'murah'. Nauzubillah! hm
Situasi 2 : Pakaian biasa
#Digantung rapi. Tapi, kadang2 bila tiba musim jualan murah turut dilonggokkan sama. Tarafnya tinggi sedikit dari pakaian murah.
~Wanita yang menjaga penampilannya tapi tak sepenuhnya. Mungkin bertudung tapi tidak menjaga akhlaknya dan tidak solat. Mungkin bertudung tapi masih berpakaian sendat dan bergaul bebas dengan yang bukan mahram. Mungkin, something wrong somewhere.
Situasi 3 : Pakaian mahal
#Biasanya disimpan cantik di dalam 'show room' khas. Cantik tersimpan di dalam almari kaca. Bukan semua orang mampu memilikinya dan tak semua orang berani sentuh.
~Wanita sebegini adalah wanita yang sangat menjaga penampilan, aurat dan akhlak serta imannya. InshaAllah, pemilik pakaian untuk golongan seperti ini juga bukan calang2 orangnya.
Jadi, pakaian manakah pilihan kita? Adakah kita mahu dipilih2, direnyuk2, dikonyok2 dan dibuang? Atau adakah kita mahu jadi wanita yang biasa2 saja? Atau yang terhebat dan mempunyai kelas tersendiri serta menjadi idaman ramai orang untuk memilikinya. Hm
Membuat pilihan
Pilihan di tangan kita. Tepuk dada, tanya sama IMAN. Kita kena ingat, kita hidup sebagai Muslim, tiada pilihan. Nak jadi Muslim, jadi lah yang betul2 Muslim. Yang mengamalkan Islam secara keseluruhan, Islam yang kaffah. Bukan separuh2. Okeyh, bab aurat. Hm kalau nak tutup aurat, tutup lah sepenuhnya. Jaga betul2. Yang nipis, yang jarang, yang ketat, yang sendat, yang tak sedap hati orang tengok, tinggal lah. Buat sikit2. Tapi berterusan. Jangan buat banyak dan mendadak, tapi tergantung di tengah2 jalan. Kalau kata nak tinggal semua benda2 yang tak best tuh, tinggal betul2. Jangan rasa ragu2. Hijrah! Jangan pandang & toleh ke belakang dah.
Haa, lagi bab aurat. Ye, semua tahu aurat wanita adalah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Tapi, kadang2 kita selalu lupa. First, kaki tuh WAJIB dilindungi. Pakai sarung kaki, stoking and ape2 lah asalkan tertutup. Then, pakai lah handsock supaya lengan & tangan kita dilindungi. Sometimes, even kita pakai baju lengan panjang, baju kurung tapi still nampak lengan & tangan still tak sempurnakan? so, try istiqamah pakai handsock even baju lengan panjang. But, if kita dah yakin tutup sempurna, no need lah. Then, kalau tudung tu rase macam jarang semacam je, pakai lah 'inner' kat dalam, baru leher tak nampak. Finally, biasa2 kanlah pakai jubah. Pakaian ‘solehah’. Sungguh! Serious! Sangat2 suka tengok Muslimat pakai jubah plus jilbab labuh! Sangat sejuk mata memandang.
Malu menutup aurat?
Jangan pernah rasa malu untuk mempamerkan keindahan Islam itu. Tutuplah aurat, dengan ikhlas seikhlasnya keranaNya. Makin susah halangan yang dihadapi, makin tinggi nilainya di hadapan Allah. Ingatlah, kita bertuah, kerana dalam beribu2, berjuta2 kaca, kita jadi permata. Permata Islam. Ingat hadis Rasulullah SAW yang mana Islam akan dilihat asing di akhir zaman ini. Maka, berusaha menjadi yang ‘asing’ tuh. Memang banyak dugaan plus ujiannya, dicampur lagi dengan rasa 'asing' itu. Tapi, selalulah ingat akan ganjaran syurga yang super duper triple BEST tuh. Dan kena ingat nim ketat2, secantik mana pun seseorang wanita tuh, tapi bila mana mereka mendedahkan aurat mereka di khalayak orang ramai, cantik lagi seorang wanita yang menutup auratnya di mata Allah.
So, i think such a long entry today. Wanna stop right there. Last word, if yuu really love yourself, please, please & please cover your aurah completely. I love all my muslimat friends, so that's why i keep reminding the same things again, again and again. Let’s we! Changing to better way, way of Islam. Okeyh! Me, sayang semua! Jaga diri. Salam!
Nota Hati : Masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini terutamanya dalam bab akhlak, ibadah & pemakaian. Setiap hari mengingatkan diri. Ye, akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri. Selagi pintu taubat belum tertutup.
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum...
sila la tnggalkan k0men kat cni!! satu pun jadi la !!
mekasih :)